Thursday, 31 December 2009

Tentang Kami


Syam sering dikait rapatkan dengan harta peninggalan atau sejarah-sejarah para anbia’. Oleh yang demikian, kami dengan penuh rasa tanggungjawabnya menubuhkan satu syarikat yang didberi nama KHAZANAHSYAM.

KHAZANAHSYAM adalah perkataan yang dipetik dari bahasa arab yang bermaksud harta peninggalan Negara Syam. Negara Syam terletak di timur tengah dan ia adalah gabungan antara empat Negara iaitu: Syria, Palestin, Jordan dan Lebanones.

Khazanahsyam Marketing ditubuhkan pada 27 Disember 2009, yang diasaskan oleh tiga mahasiswa dari Jordan dan seorang mahasiswa dari Syria.
Tujuan kami menubuhkan Khazanahsyam Marketing ini adalah untuk memberi peluang kepada warga Malaysia di Negara Syam ini, mahupun di Negara Malaysia sendiri untuk mengetahui perkembangan yang terdapat di sini.

Khazanahsyam Marketing menjual pelbagai barangan atau produk yang menarik. Kami telah menyediakan paparan gambar-gambar yang menarik untuk anda di ruangan PRODUK KAMI.Informasi dan maklumat bagi setiap produk juga turut disediakan.

Selain itu,kami juga mempunyai hubungan dengan satu syarikat travel, di mana ia diasaskan oleh seorang mahasiswa Jordan yang dikenali sebagai FAZTravel & Services . Syarikat tersebut menyediakan pakej yang menarik untuk seisi keluarga yang ingin menziarah dan menjelajahi negara yang penuh dengan 1001 sejarah yang tersendiri.Pakej umrah juga turut disediakan dengan harga yang amat menarik.Untuk keterangan selanjutnya anda boleh layari laman web rasmi syarikat FAZTravel & Sevices ini yang kami telah sediakan lamannya di bawah atau klik sahaja di sini FAZ Travel & Services

Marilah kita bersama-sama merenung sabda junjungan nabi kita Muhammad S.A.W tentang fadhilat atau kebaikan Negara Syam ini.

عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي نَجْدِنَا قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

Ibn 'Umar meriwayatkan bahwa Nabi s.a.w. berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan


Dan akhir kalam dari kami, semoga apa yang kami berikan untuk masyarakat memberi banyak faedah dan manfaat. Semoga kita memperolehi keberberkatan dan dirahmati oleh Allah S.W.T.. Wassalam!

0 Komen: